Friday, January 13, 2012

Ku amat merinduimu;

Assalammualaikum,

Lama dah tak update belog ni. Terlebih dahulu, nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. :) Have a great year ok! Hehe, macamana hidup korang sekarang? Ok? Aku macamni lah, kira beruntunglah ada orang nak jaga aku selepas pemergian ibuku. :) Aku nak cerita pasal apa yg aku alami selama Arwah Mak tiada disisi. Hanya dibelog ni je yg aku mampu bercerita, nak cerita dengan orang, nanti aku kena marah bagai semua. Hmm.

Sudah hampir 2 bulan Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kehilangan masih dirasai, semua orang dalam rumah arwah sentiasa merindunya, mengingatinya, bercerita tentang arwah. Termasuklah aku. Boleh dikatakan aku ni yang paling rapat dengan arwah dan paling manja dengan arwah kerana aku yang bongsu. Aku mengaku aku tidur bersama arwah dari kecil hingga ke akhir hayat arwah. Yea, aku tak malu mengaku aku tidur dengan Mak walaupun sudah besar panjang. Sekurang-kurangnya, aku sentiasa berada bersama arwah. Aku rasa selamat ketika bersama dengan arwah. Aku rindu nak tidur dalam pelukannya, terlalu rindu. Mak, adik tak biasa tidur seorang diri. Adik tidur tanpa pelukan Mak setiap hari, adik tak boleh tidur. Rindu Mak bercerita dengan adik sebelum masuk tidur, rindu Mak layan kerenah adik, rindu Mak jawab soalan bodoh dan tak masuk akal adik, rindu semuanya!

Mak, kenapa Mak pergi terlalu cepat? Mak tahu tak, adik masih perlukan Mak! Adik tahu, adik banyak dosa dengan Mak. Adik tak hargai Mak. Tapi, percayalah cakap adik, adik sayangkan Mak. Sebab Mak yang lahirkan adik. Walaupun ramai kawan-kawan yang cakap, "Takpa lah weh, dulu aku panggil mak kau "Mak" sekarang kau panggil la mak aku "Mak"." Takda seorg pun boleh ganti Mak aku. Mak, adik tahu Mak banyak berkorban utk adik. Apa adik nak semua Mak bagi, cuma cepat dan lambat je dapat kan. Adik tahu, ramai adik-beradik yang cemburukan adik sebab Mak terlalu manjakan adik sampai adik tak boleh hidup berdikari. Kakak dan abang selalu bg nasihat dekat adik, adik kena belajar hidup sendiri. Tapi masalahnya, adik tak boleh. Adik nak Mak. Adik perlukan Mak, adik rindukan Mak!!

Kadang-kadang adik rasa macam Mak masih hidup. Macam sekarang ni, Mak tengah out-station pergi satu tempat yang sangat jauh. Adik masih menanti kepulangan Mak. Adik tunggu Mak balik, setiap hari adik tunggu, setiap hari adik berharap adik dapat dengar suara "Mak dah balik." Tapi takda pun. Yea, memang dorang tengok adik macam rileks, cool jea Mak dah takda. Tapi tu hanya luaran adik, dalam ni, adik terluka au, sedih sangat. Setiap malam, adik fikir pasal Mak. Adik hampir menangis, tapi adik tahu adik tak patut menangis sebab nanti Mak lagi terseksa. Kadang-kadang, adik terfikir, kesian Mak duduk sorang-sorang dekat kubur tu. Dah la gelap, adik rasa macam nak teman je Mak. Macam mana lah keadaan Mak sekarang. Adik rasa macam nak gali balik kubur tu, nak bawak Mak balilk!! Tapi adik tahu, adik tak boleh buat macamtu. Mesti Mak sedih kan tengok anak Mak yg seorang ni tak cukup makan. Kadang-kadang, langsung tak makan. Dulu Mak ada, selalu jea adik makan. Hmm.

Mak, adik harap Mak elok-elok dekat sana. Adik sentiasa doakan Mak. Adik tahu, adik akan dapat jumpa Mak balik satu hari nanti, adik tunggu saat tu Mak. Mak, adik rindu Mak sangat. Mak rindu adik tak? Adik harap Mak rindu adik jugak. :) Hm semoga roh Mak dicucuri rahmat. Al-Fatihah. Amin.

Wednesday, November 30, 2011

Kau pergi tak kembali;

Tiada seorang pun yang boleh menggantikan Mak!

Bagaikan tidak percaya, yang aku sudah kehilangan seseorang yang paling bermakna dalam hidup aku, seseorang yang selalu mencurahkan kasih sayang yang tidak terhenti, seseorang yang bergelar "MAK". Tanggal 26hb November 2011 bersamaan 1 Muharram, 7:00pm, perginya seorang insan yang aku sentiasa sanjungi, Mak! Mak telah kembali ke rahmatullah. Ketika itu, Kak Reny, Kak Erma, Kakchik, Abang Boy, Pak Itam, Kakak dan juga aku berada disisi Mak. Melihat saat-saat terakhir dia menghembuskan nafas yang terakhir, amat menyakitkan apabila Pak Itam berkata, "Mak dah takda, Mak kamu dah pergi."

Di saat itu, kami semua menangis bagaikan tidak percaya yang Mak sudah tiada lagi. Ku pegang kaki Mak, sambil menangis dan berharap agar Mak akan membuka matanya, dan berkata pada ku yang dia masih hidup. Aku berharap sangat dapat mendengar suara nya buat kali terakhir, kerana sudah 2 bulan aku tidak mendengar suara nya. Aku amat merindui suaranya. Aku perlukan Mak! Aku masih perlukan dia untuk memberi ku kasih sayang. Aku rasa dalam masa 2 bulan Mak berada di hospital, Allah memberikan aku masa utk belajar hidup tanpa Mak, tidur tanpa Mak disisiku. Tetapi, aku masih tidak boleh kalau Mak takda disisiku pada waktu malam. :(

Keesokan paginya, aku bergerak ke Masjid dan memandikan jenazah Mak. Di saat itu, aku berharap agar Mak bernyawa tetapi tu semua tak akan berlaku. Selepas selesai sembahyangkan jenazah, kami bergerak ke tanah perkuburan. Itu kali pertama aku melihat orang kebumikan jenazah, dan jenazah tu ialah Mak! Perlahan-lahan mereka masukkan Mak ke dalam liang lahad, aku hanya mampu melihat tak dapat buat apa. Aku taknak dorang tanam Mak! Kesian Mak duduk sorang-sorang dalam tu. Tepat 10.30am, Mak selamat dikebumikan. Aku harap Mak tenang disana, aku akan selalu mendoakan utk Mak.

Mak, ampunkan segala dosa-dosa adik. Adik tahu adik banyak buat salah dekat Mak. Mak, lepasni takda lagi senyuman, leteran, gelak tawa, suaramu di rumah. Lepasni, adik tidur sorang-sorang. Takda lagi, orang nak peluk adik, tidurkan adik, takda lagi gosokan dibelakang badan adik. Adik akan rindukan semua tu, Mak. Adik akan sentiasa ingat Mak! Semoga Mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dua hari sebelum Mak meninggal, adik mimpi Mak. Mak senyum dekat adik, adik tanya bila Mak nak balik, Mak jawab, tak lama lagi balik lah. Tapi Mak tak balik rumah, Mak balik ke sisi Allah S.W.T.

p/s: Gambar tu jea yang adik ada bersama dgn Mak, last kita sambut birthday sama-sama. Adik takkan lupa haritu, 2th June 2011.