Thursday, July 22, 2010

Goodnight and Goodbye;

Adakah benar dengan apa yang aku dengar; bahawa Hafiz,Syamil & Sally akan menutup account FB mereka untuk sementara waktu? Oh tidak,tindakan mereka telah berjaya mempengaruhi fikiranku! Aku juga ingin mengikut jejak mereka,dengan menutup semua account yang aku ada; hanya untuk fokus kepada SPM.

Benar kata Sally & Syamil,SPM hanya sekali dan SPM adalah penentu arah hidup aku selepas ni.Aku juga inginkan kejayaan seperti pelajar² SPM yang memperolehi Straight A's.Aku juga ingin memberi kejayaan ini kepada parents ku yang telah bersusah payah menjaga aku.Aku juga ingin membuktikan kepada mereka yang aku boleh berjaya.Aku boleh belajar sampai ke menara gading.Aku akan cuba buktikan itu.

Aku & kembarku, berhasrat untuk belajar rajin² supaya kami berdua dapat tinggalkan Malaysia; menetap & memiliki sebuah rumah yang cantik di LA.Itulah impian kami berdua,ternyata hanya kembar aku saja yang sudah mula berusaha gigih untuk mencapai impian ni.Aku ni, bila lagi agaknya mahu berusaha gigih seperti kembarku?Dengan in aku juga ingin meng-isytiharkan bahawa aku juga akan menutup account FB & MS aku untuk sementara waktu.Jangan risau,aku mengikut jejak Sally; aku masih akan meng-update blogku setiap hari.

Begitu juga dengan Twitter-ku,aku akan terus menge-tweet.Kerana di Twitter ada Sissy Prescillia.Eheehee,aku following dia.Wah,terasa skema pulak post aku kali ni.Apa² hal pun,text aku jikalau anda ingin berhubung denganku.Chiaoo,(:

No comments: