
So,aku selalu dapat soalan dari makcik²,kawan²,& stranger.Soalannya berbunyi begini "Kalau awak saket,kembar awak saket tak?", "Kembar memang selalu bersama eh?", "Citarasa korang sama tak?" & dan banyak lagi la.Sampai aku dah taktahu nak jawab apa dah.Aku akan terangkan satu per satu bermula dengan kes saket,hahaha.Selalunya kalau aku saket,aku mesti tanya kembar aku "Kak,kamu ada demam tak beberapa hari lepas?" Kadang² dia jawab ya,kadang² tak.Kalau tak, bermakna aku demam dulu la; Sebab apa,selepas aku baik dari demam confirm kembar aku pulak yang demam.Kitaorang tak kan saket serentak.(:
Selalunya,kembar mesti selalu bersama kan; pakai baju yang sama la kan.Ewww please la nak pakai baju yang sama,kalau tak pakai pun orang tahu kami kembar.Zaman pakai baju sama ni dah berakhir,lain la time kecik² dulu.But,cousins aku yang Alan & Alin(kembar) suka pakai baju sama kot.Mereka sudah form 3.Hahahaha,no comment.Oh,kembar tak semestinya selalu bersama; macam aku dengan kembar aku,kami sudah lama berpisah sejak kecil lagi.So,aku dah biasa sorang diri.Kadang² aku rasa macam aku ni takde kembar; kembar aku tu aku anggap macam cousin aku.Kerek kan? Hahahaha.Sapa suruh pisahkan kami,betul tak?
Hm,perangai & citarasa? Well,perangai tu tak sama la; sebab aku ni agak boy-ish & kembar aku tu girlish.Ada perbezaan disitu ye,so senang korang nak bezakan yang mana satu aku.Hm,macam Bill & Tom Kaulitz; Bill macam girlish,lembut² kan. Tom pula boy-ish,macam aku and kembar aku laa.Aku rasa ada banyak kembar yang berperangai macam ni.Begitu jugak Olsen Twins.(: Citarasa pulak,sama kot ada yang sama ada yang tak.Tapi,aku dengan kembar aku ada citarasa yang sama.(: Taktahu la kembar yang lain.Eheehe.
Oh,lagi satu orang tua² selalu cakap; kembar yang lahir dulu,dialah adek.Yang lambat lahir tu kakak/abang.Sebab apa? Sebab kakak/abang kesian dekat adek,so dia bagi adek keluar dulu.Bermakna aku ni adek la kan? Sebab aku lahir dulu :P Hahaha,aku taktahu la; ni orang tua² yang cakap.Eheee,well itu sahaja kot yang aku dapat share.Panjang jugak new entry aku ni.Dah boleh buat karangan kot. ^-^'
Thanks sebab sudi membaca, Chiaooo.

No comments:
Post a Comment