Nauzubillah,tak ke kong hajo tu? Maki hamun Mak sendiri depan orang ramai.Aku tak bole tahan doh tengok,lagi² time Makcik ni start menangis + mengigil.Weh,rasa macam nak pergi kat Makcik tu,peluk dia kuat² ah.Ish,badan aku dah menggigil dah ni.Kesian aku tengok Makcik ni.Tak patut betul anak dia tinggalkan dia sorang² kat situ.Tengok Makcik tu,takde arah tuju.Aku taktau laa,manusia zaman sekarang ni macam mane.Takde hati perut! Sakai! Mintak²lah aku takkan jadi seperti mereka ini! Jauhilah aku dari sifat derhaka! Amin.
Benarlah kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita membalas budi ibu bapa yang bersusah payah menjaga kita daripada kecil. Hargailah orang yang tersayang, jangan kemudian hari nanti baru kita kesal dengan perbuatan kita sendiri. - Petikan diambil dari Hmetro. Korang bole baca sedikit maklumat di laman sesawang Ijad Johari.
p/s: harap la orang yang kat dalam video ni sedar atas perbuatan yang telah dilakukan.Takpun harap la kau kena panah petir! =.=' What goes around comes around.

No comments:
Post a Comment