Friday, November 12, 2010

You are my melody;

My baby sudah pulang ke rumah :) Siapakah baby aku itu? Hahaha,guitar kesayangan aku laa. Setelah sekian lama berpisah,akhirnya kembali juga kau ke-pangkuanku. Ini semua gara-gara Hafiz Shah yang telah meminjam guitar kesayangan ku,sehingga dia membuat guitar itu seperti hartanya, tak reti reti nak pulangkan balik ke? Haha gurau jea Hafiz. Ileks lu bro, jangan marah :) Hahaha, kepulanganmu amat ku nanti-nantikan(: Pergh,rindu gila dengan kau,Melody. Sudah lama tidak memetik tali-tali di badanmu itu,sehingga bengkak jari jemari ku dibuatnya. Almaklumlah,dah lama tak petik. Bengkak la jadinya. Aku memeluk erat tubuh badanmu yang seperti tong itu dengan penuh rasa kasih sayang dan penuh semangat untuk memulakan lagu yang akan aku mainkan iaitu lagu A Little Bit Longer by Jonas Brothers , kemudian beralih ke lagu Give Love A Try by Jonas Brothers , diikuti Tapi Bukan Aku by Kerispatih dan akhir sekali yang baru ku pelajari sebentar tadi Cintaku Dipermainkan by Apit.

Agak kekok ketika aku sedang memetik tali-tali dibadanmu,Melody. Kerana aku sudah tidak biasa memetik tali tali dibadanmu. Aku seperti orang yang tidak tahu bermain gitar. Kerana bunyi yang dikeluarkan agak lari, mungkin kerana sudah lama tidak bermain gitar itu sebab lah bunyinya lari. Tambahan pula,jari jemari aku perlu dibiasakan semula dengan tekanan dan kesakitan ketika menekan tali dibadanmu,Melody. Haih,tak perlulah kau risau. Akan ku biasakan jari jemari ku ini. Akan ku belai dirimu. Akan ku peluk erat tubuhmu setiap hari. Tetapi bukan sekarang,kerana aku harus fokus pada SPM yang bakal datang. Selesainya SPM,akan ku petik tali dibadanmu semula ya,Melody.(:

p/s: Perghh, agak menggelabah kan post aku ni? Hahaha,kisah?! Aku punya pasal laa. Lalalala~

No comments: