Friday, December 10, 2010

I missed my past; The best 2009 & 2010 !

Sedang ber-IM with Syahmi. And tetiba terkeluar pulak pasal Green Apple @ GA. Pergh, teringat zaman kami beramai ramai serong atau lebih dikenali flyy. Dan terus menuju ke green apple, pepagi buta pulak tu. Lagi gempak last year laa, dimana Aku, Wan dan seorang lagi Raja fly bertiga jea dekat green apple. Hari wajib untuk kami fly ialah, Selasa & Khamis. Sebab apa, ada subjek yang membosankan atau atas sebab lain homework tak siap :D Yang mamat 2 orang ni, kerja main game jea. Apa tah nama game tu, aku lupa sudah. And aku ni, as usual online Myspace, masa tu zaman myspace lagi :P Hahaha, online myspace chatting with ehem ehem special one. <3 Itu dulu laaa, sekarang special one dah menghilangkan diri, tinggalkan aku begitu saja tanpa goodbye. :( Best best gila masa tu, bila dah lapar. Turun bawah beli maggie, makan dekat tangga! Hahaha, sumpah tak boleh blah. Pastu dapat surat amaran beramai ramai. Syok habiss la kan. Ada gang surat amaran (Y)

Lepas tu, flyy pergi mandi sungai beramai ramai. Suhaimi, Syamil, Emir, Wan, Raja, Iera, Fatin, & Aku. Pergi Sungai Gabai, masa tu korang takda motor lagi. So, pergi naik bus. Pastu menapak sampai kat dalam. Gilaa doh, dah ah jauh. Pastu dah best best mandi, nak balik pulak satu hal kan. Best moments bila time nak balik tu, Suhaimi pergi tahan lori. Pergh, syoik tuh naik belakang lori. Angin banyak! Ada simpan lagi gambar kenangan bersama atas lori tu. :D Lama sikit, korang dah ada motor kan. Masa tu, planning nak pergi Gunung Nuang kan. Pergh, mencabar okay. First & last time aku naik Gunung Nuang. Tak sanggup dah nak mencanak, menapak gunung tu. Sakit pinggangg aku -.-' Nak pitam pun ada. Sampai sekejap jea, pastu turun balik. Lebih baik tak payah naik oh. Tapi, best laa dapat konvoi motor ramai ramai. Rasa seronok gila kot!

Masuk jea tahun ni, dah tak berapa rapat sangat. Fly pun dah jarang. Tapi ponteng sekolah tu still ada laa, ponteng k bukan flyy. :) Rindu gila doh nak pergi mandi sungai dengan korang lagi, rindu nak flyy dekat GA, makan maggie dekat tangga ramai ramai. Rinduuuu gila. Gila cepat masa berlalu, but aku still boleh ingat apa yang berlaku. Rasa macam baru semalam jea kita pergi Gunung Nuang, kita fly beramai ramai. Kita dah habis sekolah, confirm lepas ni semua sibuk habis. Yang tu sibuk dengan hal muzik, yang ni sibuk nak carik kerja, yang lagi satu sibuk nak sambung belajar. Nak lepak lepak macam dulu pun dah tak boleh. Pergh, aku tak suka macamni. Yang aku ni, aku berpisah dengan korang. Johor mari kott, duduk sini takda pape dah. Lain lah, ada orang nak duduk KL dengan aku nanti. Share rumah (: Best tu, siapa ingat kita pernah plan nak duduk serumah. Planning ni termasuk dengan budak lelaki & perempuan share satu rumah. Tapi tak boleh ramai laa. Gila tu. -.- Hahaha, masa cepat berlalu. Kenangan dengan korang, budak budak 4a1&5a1 & budak 4sc&5sc akan sentiasa aku ingat. Korang paling best doh. InsyaAllah, ada rezeki , ada jodoh. Kita boleh lepak sama sama lagi, jumpa, berborak & mandi sungai sama sama lagi. Semoga berjaya dengan hidup korang. Aku doakan yang terbaik untuk korang. (Y)

No comments: