Wednesday, January 19, 2011

I can resist everything except temptation;

Lama sudah aku tak meng-update belog aku ni. Dah bersawang dah, kesian belog aku. Hm, kena faham la orang bekerja takda masa dah nak online, nak update update belog ni. Tapi aku cuba jugak adakan masa untuk meng-update belog aku ni. Kesian follower aku ni haa, takda benda nak dibaca bila masuk belog aku ni kan. Ada benda aku nak kongsi ni. Harini aku tak kerja, bukan cuti. Tapi, aku dah resign. Aku dah berhenti kerja. Berat hati aku nak berhenti kerja, nak tinggalkan McDonald's tu. Mana taknya, dorang semua dah macam keluarga aku sendiri. Bergurau senda sama sama, menangis sama sama, ketawa sama sama, makan pun sama sama. Aku baru dapat sesuaikan diri aku, berkerja dekat situ. Tapi malangnya, aku kena berhenti jugak. Sebab aku tak larat dah nak berkerja, aku tak cukup rehat. So, aku rehat untuk beberapa hari. Lepastu, aku akan carik kerja lain. Hope dapat laa.

Bekerja dekat McDonald's ni best weih, sebab apa? Sebab dorang semua ajar aku macam macam. Dari aku pemalu nak bercakap dengan orang, sekarang aku dah berani. Even cakap dengan orang bukan dari negara kita pun aku dah berani la jugak, macam macam pengalaman aku dapat semasa bekerja dekat sini. Jumpa customers yang banyak songeh, yang pelik pun ada, yang mintak penampar pun ada jugak. Tapi itu semua, aku tak buat la. Cakap dalam hati jea, hanya mampu bersabar. Customers always right! :) Aku baru balik dari hantar surat perletakan jawatan dekat McDonald's tadi, sedih jea aku nak tinggalkan dorang semua. Manager pun tak bagi aku berhenti, tapi aku terpaksa. Sorry la korang. Ada masa aku datang sana yea. :') Sayang korang, rindu korang. Rindu nak makan McDonald's percuma. Rindu nak curik curik makan Ayam Goreng Spicy yang fresh baru keluar dari tempat masak dia tu, pergh! Gentle! Sedap laa! Nanti aku datang sana lagi yea korang.

Oh btw, semalam baby girl punya birthday! :') Dia datang McDonald's. Hihi, seronok dapat jumpa dia. Sorry, sayang. Tak dapat nak bagi hadiah, gaji belum lagi. Nanti orang dah gaji, genting mari! :D Okay? Hahaha, jangan lupa makan chocolate yang I buat tu k. Hihi. I love you very strong laa! Take care.

No comments: