Friday, February 4, 2011

The memory I wanna forget is saying goodbye;

Semuanya berlaku dengan sekelip mata, dalam sekelip mata itulah aku kehilangan dia. Kali ni, aku betul betul kehilangan dia. Dan kami tidak mungkin akan bersatu kembali, mungkin salah aku jugak. Kerna melepaskan dia, dan membenarkan dia bersama orang lain. Itu satu tindakan yang paling bodoh pernah aku buat. Tapi apa kan daya, aku hanya mahu melihat dia bahagia seperti dahulu. Aku tahu dia tidak bahagia bersamaku. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa pun dalam hal ni. Tapi sebaliknya, aku akan menyalahkan diri aku sendiri. Kerna tidak dapat menjaga dia dengan elok, sehingga dia terjatuh ke tangan orang lain. Tidak mengapa, aku seorang yang tabah. Aku akan gembira bila melihat dia gembira. Itu saja yang aku perlukan.

Kepada awak, memang benar kita dah tawar hati dengan awak. Tapi, itu tak bermakna takda lagi ruang untuk awak dalam hati kita ni. Awak sentiasa ada dalam hati kita. Cuma, kita perlukan masa untuk memulihkan balik hati kita yang tawar tu kepada hati yang manis seperti dulu. Memandangkan awak dah pun bersama dengan dia, kita doakan awak sentiasa bahagia dengan dia. Kalau boleh, lebih bahagia kalahkan kebahagian yang awak dapat ketika bersama dengan kita tau. Kita sayang awak, sentiasa sayang awak. Tak kira apa pun, perasaan sayang dan cinta kita terhadap awak tak akan hilang dan tak akan berubah. Ingat tu. Awak, kita sentiasa ada untuk awak bila awak perlukan kita. Jangan risau, okay. Awak, kita rindu awak sangat. Tapi, kita tak boleh nak bagitahu awak. Kita taknak awak ingat, kita nak kacau hubungan awak dengan dia. Tak, kita akan undur diri awak. Asalkan awak bahagia. Awak, satu je kita mintak. Jaga kesihatan, tau. Jangan risau pasal kita, kita ingat semua pesanan awak. Kita tak boleh nak jaga awak macam dulu dah. Tolong eh, jaga kesihatan tu. Okay? Sayang awak, selalu. :')

Tipulah, kalau aku cakap aku taknak dia balik. Mestilah aku nak dia balik. Tapi, dah terlambat dah pun. Tipulah, kalau aku cakap aku tak rindu dia. Aku memang rindukan dia. Setiap masa dia berada dalam fikiran aku, takpernah keluar pun. Tipulah, kalau aku cakap aku dah tak perlukan dia. Aku masih perlukan dia, aku nak bermanja dengan siapa lagi kalau bukan dengan dia. Manja aku dengan dia lain, tak macam aku manja dengan orang lain. Manja aku dengan dia, sangat istimewa. Membuatkan aku rasa disayangi. Tipulah, kalau aku kata aku okay, aku tak menangis. Padahal, aku memang tak okay, aku memang menangis. Aku menangis apabila teringatkan kenangan bersama dengan dia. Kadang kadang aku tersenyum, sebab hanya dengan mengingati kenangan aku dengan dia jeala yang boleh membuat aku tersenyum. Aku tak boleh nak padamkan semua tentang diri dia, kenangan aku dengan dia. Sumpah aku cakap, aku cuba. Tapi, setiap kali aku mencuba. Kenangan itu membuat aku merindui dirinya. Kenangan aku dengan dia sangat kuat. Memandangkan dia dah pun move on, mungkin dah tiba masa untuk aku move on jugak. Mungkin, mengambil masa untuk aku teruskan hidup. Mengambil masa untuk aku mencari seseorang yang susah untuk ditemui seperti dia. Tapi takpa, aku akan bersabar. Kerna seseorang yang aku tunggu itu, aku muncul jugak. Aku tahu, aku tak boleh move on. Tapi aku akan berusaha. Dan seperti yang sentiasa aku cakapkan, aku akan sentiasa menunggu dirinya. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu menunggu dia. Mungkin kerana aku dah terbiasa tunggu dia. Aku akan tetap tunggu dia, sampai bila bila. Sayang dan cinta aku terhadap dia akan kekal sampai bila bila.♥

No comments: