Wednesday, November 30, 2011

Kau pergi tak kembali;

Tiada seorang pun yang boleh menggantikan Mak!

Bagaikan tidak percaya, yang aku sudah kehilangan seseorang yang paling bermakna dalam hidup aku, seseorang yang selalu mencurahkan kasih sayang yang tidak terhenti, seseorang yang bergelar "MAK". Tanggal 26hb November 2011 bersamaan 1 Muharram, 7:00pm, perginya seorang insan yang aku sentiasa sanjungi, Mak! Mak telah kembali ke rahmatullah. Ketika itu, Kak Reny, Kak Erma, Kakchik, Abang Boy, Pak Itam, Kakak dan juga aku berada disisi Mak. Melihat saat-saat terakhir dia menghembuskan nafas yang terakhir, amat menyakitkan apabila Pak Itam berkata, "Mak dah takda, Mak kamu dah pergi."

Di saat itu, kami semua menangis bagaikan tidak percaya yang Mak sudah tiada lagi. Ku pegang kaki Mak, sambil menangis dan berharap agar Mak akan membuka matanya, dan berkata pada ku yang dia masih hidup. Aku berharap sangat dapat mendengar suara nya buat kali terakhir, kerana sudah 2 bulan aku tidak mendengar suara nya. Aku amat merindui suaranya. Aku perlukan Mak! Aku masih perlukan dia untuk memberi ku kasih sayang. Aku rasa dalam masa 2 bulan Mak berada di hospital, Allah memberikan aku masa utk belajar hidup tanpa Mak, tidur tanpa Mak disisiku. Tetapi, aku masih tidak boleh kalau Mak takda disisiku pada waktu malam. :(

Keesokan paginya, aku bergerak ke Masjid dan memandikan jenazah Mak. Di saat itu, aku berharap agar Mak bernyawa tetapi tu semua tak akan berlaku. Selepas selesai sembahyangkan jenazah, kami bergerak ke tanah perkuburan. Itu kali pertama aku melihat orang kebumikan jenazah, dan jenazah tu ialah Mak! Perlahan-lahan mereka masukkan Mak ke dalam liang lahad, aku hanya mampu melihat tak dapat buat apa. Aku taknak dorang tanam Mak! Kesian Mak duduk sorang-sorang dalam tu. Tepat 10.30am, Mak selamat dikebumikan. Aku harap Mak tenang disana, aku akan selalu mendoakan utk Mak.

Mak, ampunkan segala dosa-dosa adik. Adik tahu adik banyak buat salah dekat Mak. Mak, lepasni takda lagi senyuman, leteran, gelak tawa, suaramu di rumah. Lepasni, adik tidur sorang-sorang. Takda lagi, orang nak peluk adik, tidurkan adik, takda lagi gosokan dibelakang badan adik. Adik akan rindukan semua tu, Mak. Adik akan sentiasa ingat Mak! Semoga Mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dua hari sebelum Mak meninggal, adik mimpi Mak. Mak senyum dekat adik, adik tanya bila Mak nak balik, Mak jawab, tak lama lagi balik lah. Tapi Mak tak balik rumah, Mak balik ke sisi Allah S.W.T.

p/s: Gambar tu jea yang adik ada bersama dgn Mak, last kita sambut birthday sama-sama. Adik takkan lupa haritu, 2th June 2011.

No comments: